“Syarikat-syarikat dan pelabur dari kedua-dua rantau ini akan dapat meneroka kemungkinan membentuk perkongsian dengan syarikat Malaysia dalam sektor getah seperti dalam pembuatan produk getah.
“Sebagai contoh, Qatar dapat meneroka kemungkinan membentuk kerjasama terutamanya dalam pembuatan tayar kerana Malaysia kini mengimport tayar bernilai lebih daripada RM2 bilion (AS$830 juta).”
Beliau menyatakan bahawa para pelabur dapat memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu daripada pengeksport utama produk getah dan perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN lain (AFTA), yang kebanyakan produk getah di kalangan anggotanya mempunyai tarif import sifar. Pada tahun 2021, Malaysia mengeksport produk getah bernilai AS$15.9 juta kepada Qatar yang mencerminkan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 110% dari tahun 2019 hingga tahun 2021.
Sarung tangan getah merupakan produk utama yang dieksport ke Qatar dari Malaysia dengan 70% bahagian pasaran dan nilai eksport sebanyak AS$14.4 juta, manakala produk getah lain yang dieksport termasuk hos, penutup, dapra dok dan kasut.