Jurucakapnya, Li Kuiwen menyatakan bahawa penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) meningkatkan lagi hubungan perdagangan China-ASEAN.
Jelasnya lagi, jumlah import dan eksport kedua-dua pihak menyumbang sebanyak 47.2% daripada skala dagangan luar China dengan rakan dagang RCEP pada suku tahun pertama. Sementara itu, faktor kesalinghubungan juga menjadi dorongan kuat terhadap perdagangan China-ASEAN.
Dalam tempoh itu, laluan baharu darat dan laut yang menghubungkan bahagian barat China dan negara-negara ASEAN telah mengendalikan 170 000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena menerusi perkhidmatan kereta api, bertambah sebanyak 56.5%. Pemulihan rantaian perindustrian ASEAN, peningkatan import produk pertanian dari ASEAN ke China dan pelbagai faktor lain turut memacu pertumbuhan dagangan membabitkan produk perantara kedua-dua pihak.
Pada Januari hingga Februari, Kesatuan Eropah (EU) mendahului ASEAN sebagai rakan dagang terbesar China dengan jurang kira-kira RMB3 bilion (RM1.97 bilion).