Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kuala Lumpur terus diperkasa sebagai destinasi ekonomi kreatif serantau menerusi usaha kerajaan mempercepat proses kelulusan acara antarabangsa dan mengurangkan kerenah birokrasi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Hannah Yeoh berkata, langkah tersebut penting bagi meningkatkan daya saing ibu negara dalam menarik pelaburan, pelancong dan aktiviti ekonomi bernilai tinggi.
Menurut beliau, industri acara dan ekonomi kreatif memberikan limpahan ekonomi kepada sektor perhotelan, pengangkutan, makanan dan minuman, serta perniagaan tempatan.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran KL Headline Season 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 25 Mei 2026.
Tambah beliau, kerajaan turut meneliti prosedur operasi standard dan mekanisme kelulusan bagi memudah cara penganjuran acara berskala besar secara lebih cekap dan teratur.
Usaha tersebut selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh ekonomi kreatif sebagai sektor pertumbuhan baharu negara, sekali gus menyokong pembangunan ekonomi bandar dan sektor pelancongan.