Diterbitkan pada 9 September 2021, 19:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

SHAH ALAM – Kadar kemiskinan di negara ini meningkat kepada 8.4 peratus pada tahun 2020 berbanding dengan 5.6 peratus yang direkodkan pada tahun 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan bahawa kerajaan menganggarkan jumlah kemiskinan isi rumah di Malaysia telah meningkat daripada 405 000 pada 2019 kepada 640 000 pada tahun lalu.

Beliau menjelaskan hal tersebut ketika berucap dalam pembukaan International Forum on New Inclusive Asia 2021 (IFNIA 2021) bertemakan Poverty Alleviation in China-Lessons for Developing Countries yang diadakan secara maya.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi