Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kumpulan AFFIN menjalin kerjasama strategik dengan Porsche Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance menerusi pelancaran Kempen Race To The Extraordinary bagi menawarkan pengalaman gaya hidup premium berteraskan sukan permotoran kepada pelanggan bank tersebut.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Menara AFFIN, Tun Razak Exchange, semalam turut memperkenalkan pelumba Porsche Malaysia bagi musim Porsche Carrera Cup 2026, Naquib Azlan yang akan bersaing di pentas antarabangsa tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, YBhg. Datuk Wan Razly Abdullah berkata, kerjasama tersebut mencerminkan aspirasi AFFIN untuk menggabungkan perkhidmatan kewangan dengan pengalaman gaya hidup premium yang memenuhi kehendak pelanggan moden.
Menerusi kempen itu, pelanggan AFFIN berpeluang menyaksikan perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia di Litar Antarabangsa Sepang pada 22 dan 23 Ogos 2026, serta di Litar Jalan Raya Marina Bay, Singapura dari 9 hingga 11 Oktober 2026.
Menurut beliau, inisiatif tersebut selaras dengan tiga teras Pelan AFFIN Axelerate 2028 (AX28), iaitu Perkhidmatan Pelanggan Unggul, Kepimpinan Digital dan Perbankan Bertanggungjawab Berimpak.
Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter turut hadir pada majlis berkenaan sebagai simbol komitmen kedua-dua pihak dalam menjayakan kerjasama tersebut.