Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur — Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kesan krisis tenaga global terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, dunia kini berdepan dengan ketidaktentuan yang semakin mencabar, termasuk kesan konflik di Asia Barat yang turut memberikan tempias kepada Malaysia.
Beliau menegaskan asas ekonomi negara kekal kukuh, manakala kerajaan akan terus mengambil langkah berasaskan data semasa, serta pandangan industri dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Kerajaan juga komited memastikan bekalan tenaga mencukupi, ekonomi kekal stabil dan kebajikan rakyat terpelihara, di samping menggesa rakyat menyokong barangan tempatan bagi memperkukuh ekonomi domestik.