Diterbitkan pada 7 September 2021, 13:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diarahkan menyegerakan proses kelulusan geran dan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digital.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Tan Sri Annuar Musa berkata, dana sebanyak lebih daripada RM40 juta yang diperuntukkan sebelum ini mesti diluluskan pada tahun ini.

“Saya tekankan supaya setiap permohonan mesti diproses dan dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari,” jelas beliau menerusi perkongsian dalam media sosialnya pada Selasa lalu.

Pada 6 September 2021, beliau bersama-sama beberapa orang pegawai kanan dari KKMM mengadakan perbincangan bersama-sama MDEC.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah usaha menyediakan ekosistem digital yang selari dengan keperluan semasa. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz yang baru dilantik 1 September lalu.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi