Diterbitkan pada 5 Ogos 2021, 05:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Menerusi laporan LAKSANA ke-64, pelaksanaan inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, berkata Malaysia kekal berada pada landasan pemulihan yang tepat.

Laporan ini merupakan wadah usaha kerajaan membantu rakyat, di samping mengekalkan dasar ekonomi dan fiskal kerajaan yang signifikan ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Antara inti pati yang diulaskan dalam laporan LAKSANA, termasuklah:

  • Ulasan Isu Semasa.
  • Pelan Pemulihan Negara.
  • Pengekalan dan Penjanaan Kerajaan
  • Pemerkasaan Perniagaan.

“Teruskan berdisiplin dalam prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kita pasti akan menang bersama,” kata Tengku Zafrul mengakhiri satu kenyataan media pada hari ini.

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi