Diterbitkan pada 13 Mac 2026, 14:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Program Sinar Kasih Ramadan 2026 anjuran Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM4,905 sepanjang kempen berlangsung dari Mac 5 hingga 10 Mac lalu.

Menurut Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail, pelibatan rakan industri dalam program tersebut menunjukkan bahawa sektor industri turut memainkan peranan penting dalam menyokong usaha kebajikan yang memberikan impak ekonomi kepada masyarakat.

Beliau berkata, kerjasama antara universiti dan rakan industri melalui inisiatif kebajikan seperti ini bukan sahaja mengukuhkan tanggungjawab sosial, malah membantu menyalurkan sokongan kewangan kepada golongan memerlukan, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

YBrs. Profesor Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail berucap pada Majlis Perasmian Program Sinar Kasih Ramadan 2026.

Sumbangan yang terkumpul akan diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan di beberapa kawasan sekitar Perlis bagi membantu meringankan beban kewangan mereka, serta membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Program tersebut turut mendapat sokongan beberapa rakan industri termasuk Perlis Marine Engineering Sdn. Bhd., Teras Perkasa Engineering Sdn. Bhd., IQ Ilham, KBS Incorporated Sdn. Bhd. dan PEN Petroleum Sdn. Bhd.

Inisiatif berkenaan memperlihatkan peranan kerjasama universiti dan industri dalam memperkukuh jaringan ekonomi komuniti melalui pendekatan ekonomi sosial yang berteraskan nilai kebersamaan dan perkongsian sumber.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi