Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangMerbok – Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi melaksanakan Projek Infrastruktur Awam Kampung Angkat MADANI di seluruh negara.
Projek ini bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui pembangunan kemudahan asas.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, Majlis Penyerahan Projek Infrastruktur Awam Kampung Angkat MADANI Daerah Kuala Muda 2025 anjuran Jabatan Peguam Negara (AGC) telah berlangsung di Masjid At-Tahir, Kampung Sungai Gelam, Mukim Bujang, di sini, hari ini.
Peguam Negara ke-13, YBhg. Dato’ Mohd Dusuki Mokhtar dalam ucapannya berkata, projek yang menelan belanja RM2.5 juta itu telah membawa banyak manfaat kepada penduduk sekitar.
Jelas beliau lagi,
AGC telah memilih Kampung Sungai Gelam di daerah Kuala Muda, Kedah bagi menjayakan projek tersebut.
Menurut beliau, usaha menaik taraf kehidupan penduduk kampung telah dibincangkan bersama-sama beberapa agensi kerajaan di Kedah pada 12 Jun 2024 dan berjaya melaksanakan sembilan projek kemudahan asas seperti pembinaan jalan, jeti nelayan, padang bola sepak, perpustakaan dan mesin teler automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tambah beliau,
Projek ini dijangka akan terus berkembang dengan penambahan kemudahan baharu pada masa hadapan.
Wakil penduduk kampung, Abu Mukhtar Mustaffa, melahirkan rasa syukur atas inisiatif yang dilaksanakan dan menyifatkan usaha ini sebagai langkah penting dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), YBhg. Dato’ Dr. Nadzman Mustafa mengingatkan penduduk agar memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Peguam Cara Negara, YBhg. Dato’ Suzana Atan, Peguam Cara Negara II, YBhg. Dato’ Umar Saifuddin Jaafar serta Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Azmin Zainal Abidin.