Diterbitkan pada 7 Julai 2024, 18:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Singapura Terdapat prospek untuk kerjasama baharu dalam ekonomi digital dan hijau, termasuklah e-dagang dan penjualan tenaga diperbaharui di antara Malaysia dengan Singapura.

Di antara bidang kerjasama yang sedang dibincangkan termasuklah Industri 4.0, pembuatan termaju, sektor perkhidmatan, dan ekopelancongan.

Demikian yang dipersembahmaklumkan oleh Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, YBhg. Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika mengucapkan selamat berangkat pulang kepada Tuanku Pemangku Raja Perlis di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Menurut YBhg. Datuk Dr Azfar,

Bagi suku pertama tahun 2024, Malaysia ialah rakan dagangan ke-2 terbesar Singapura selepas China, dengan jumlah dagangan sebanyak USD$19.61 bilion (RM92.6 bilion), meningkat 5 peratus untuk tempoh yang sama pada tahun 2023.

Tambah beliau lagi,

Singapura merupakan sumber pelaburan yang tertinggi untuk tahun 2023 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM43.7 bilion.

Yang turut hadir ialah Presiden Persatuan Muhammadiyah Singapura, iaitu Ustaz Muhammad Azri Azman.

Sebelum ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat ke Singapura bagi mengetuai lawatan kerja Ahli Jawatankuasa Kewangan MAIPs selama tiga hari.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi