13 Jun 2024, 11:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Peningkatan populasi masyarakat Muslim di dunia membuka banyak peluang penerokaan kepelbagaian sektor dan bidang yang mampu memperkasakan ekosistem ekonomi orang Islam. Namun begitu terdapat pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh masyarakat Muslim minoriti untuk memperkembang ekonomi mereka.

Demikian antara ini pati ucapan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr. Jamil Osman, Penasihat IIT, East and Southeast Asia ketika berucap di Symposium on Tech Technology: AI’s Role in Shaping the Future of Muslim Youth, 2024 di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis baru-baru ini.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar orang Islam terus memperkasakan ekonomi dan perniagaan berlandaskan syariat Islam kerana potensi dalam sektor tersebut amat luas dan belum diterokai sepenuhnya.

Menurut beliau, sektor industri halal seumpamanya mempunyai banyak peluang untuk diterokai oleh orang Islam seperti bidang kosmetik halal, produk makanan dan produk pelancongan.

Selain itu, katanya lagi, pemerkasaan pengurusan sijil halal turut menambahkan keyakinan pelanggan dan mempunyai peluang tinggi untuk dikomersialkan bagi menyokong permintaan domestik dan antarabangsa.

Tambah beliau,

Pengurusan sektor perbankan Islam dan pelancongan islamik (Islamic Tourism) wajar diperhalusi bagi memastikan sektor-sektor ini terus berkembang maju terutamanya di negara-negara bermajoriti penduduk bukan Islam.

Beliau juga memohon agar belia Muslim pada hari ini mempunyai semangat kepimpinan untuk mengambil peluang dalam mengetuai banyak sektor dan bidang di negara masing-masing.

Yang turut hadir menyaksikan pembentangan tersebut ialah YBhg Prof. Dato’ Dr Mohamad Fauzan Noordin, Pengarah IIIT ESEA; YBrs. Encik Mustaffa Kamil Ayub, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (ALPU) UiTM, dan YBrs. Prof Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Perlis.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.