12 Jun 2024, 16:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) mampu mengubah senario pelbagai sektor dan memacu pertumbuhan inklusif seiring dengan landskap perkembangan dunia teknologi dan globalisasi yang pesat.

Menurut YBhg. Prof. Dr. Norma Md Saad, Pengarah Centre for Islamic Economics, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), terdapat pelbagai manfaat yang mampu diperoleh melalui sinergi antara AI dengan kemakmuran ekonomi negara.

YBrs Prof. Dr. Norma Md Saad ketika berucap bersempena dengan Symposium on Tech Transformation: Ai’s Role in Shaping the Future of Muslim Youth

Dalam ucapannya di Symposium on Tech Transformation: Ai’s Role in Shaping the Future of Muslim Youth di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, beliau menyatakan bahawa teknologi AI merevolusikan cara hidup dan bekerja manusia pada masa lalu dengan membuka pelbagai potensi untuk pembangunan sosioekonomi dengan lebih mapan dan efisien.

Beliau menjelaskan, “Pada tahun 2030, dianggarkan AI akan menyumbang sebanyak 15.7 trillion dolar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar Global (Global GDP) dengan 6.6 trilion dolar dihasilkan daripada peningkatan produktiviti dan selebihnya datang daripada kesan kepenggunaan (consumption effect)”. Jelas beliau,

Antara sektor utama yang mampu menerima manfaat daripada AI ialah sektor kesihatan, sektor pertanian, sektor pendidikan  dan sektor kewangan.

Beliau juga menjelaskan mengenai hubungan AI dengan kemakmuran ekonomi dengan meningkatkan produktiviti dan efisiensi operasi industri, penjanaan idea inovasi dan daya saing, penambahan peluang pekerjaan dan memacu transformasi industri. Ujar beliau,

AI meningkatkan produktiviti industri dengan mengurangkan kos operasi, membedung kesilapan teknik yang mampu memberi kesan kepada operasi oleh manusia dan meningkatkan hasil pengeluaran.

Tambah beliau, manfaat AI juga perlu sampai kepada segenap kumpulan sosioekonomi bagi memastikan negara mundur dan sedang membangun menerima manfaat yang sama dengan negara maju.

“Menjadi tanggungjawab semua pihak dalam memastikan AI mengikut dasar perundangan negara dan tidak mencemar budaya, adat, agama dan cara hidup masyarakat,” jelas YBhg. Prof. Dr. Norma Md Saad dalam pembentangannya yang disaksikan oleh 150 orang peserta dalam kalangan belia Muslim Myanmar dan Malaysia.

Antara peserta yang hadir terdiri daripada belia Malaysia dan Myanmar.

Yang turut hadir menyaksikan pembentangan beliau termasuklah YBhg. Prof. Dato’ Dr Mohamad Fauzan Noordin,Pengarah IIIT ESEA; YBhg Prof. Emeritus Dr. Dato Wira Jamil Osman, Penasihat IIT, East and Southeast Asia; dan YBrs Prof. Madya Dr. Maulana Akbar Shah yang mewakili The International Institute of Islamic Thought Myanmar (IIITM).

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.