10 Jun 2024, 18:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur  Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan bahawa stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan metrik pada April 2024.

MPOB melaporkan bahawa stok minyak sawit mentah (MSM) negara naik 1.59 peratus kepada 979,352 tan metrik pada Mei daripada 964,049 tan metrik yang direkodkan pada April 2024.

“Stok minyak sawit yang diproses merosot 0.85 peratus kepada 774,192 tan metrik pada Mei daripada 780,811 tan metrik sebelum ini,” katanya.

Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) menokok 13.48 peratus kepada 1.70 juta tan metrik pada Mei daripada 1.50 juta tan metrik pada bulan sebelumnya, manakala pengeluaran isirung sawit melonjak 11.13 peratus kepada 408,318 tan metrik daripada 367,420 tan metrik pada April 2024.

MPOB berkata, eksport minyak sawit meningkat 11.66 peratus kepada 1.38 juta tan metrik pada Mei berbanding dengan 1.23 juta tan metrik pada April, manakala eksport biodiesel susut 40.85 peratus kepada 20,880 tan metrik pada Mei berbanding dengan 35,298 tan metrik pada April 2024.

Eksport oleokimia melonjak 9.95 peratus kepada 256,348 tan metrik pada Mei daripada 233,153 tan metrik sebelum ini.

“Eksport minyak isirung sawit naik 2.24 peratus kepada 87,827 tan metrik pada bulan lepas daripada 85,901 tan metrik pada April, manakala eksport dedak isirung sawit berkurangan 29.53 peratus kepada 147,006 tan metrik pada Mei daripada 208,602 tan metrik bulan sebelumnya,” katanya.

MPOB berkata, import minyak sawit dan minyak sawit diproses kedua-duanya turun 40.28 peratus kepada 20,761 tan metrik pada Mei daripada 34,762 tan metrik pada bulan sebelumnya.

Jumlah import minyak isirung sawit meningkat 24.02 peratus kepada 15,842 tan metrik pada Mei daripada 12,774 tan metrik pada April 2024.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.