8 Jun 2024, 21:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur  AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk Percuma dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Tambang promosi tersebut hanya terpakai untuk tambang asas sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan fi lain yang berkaitan.

Pada tahun ini, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan memperkukuh ekonomi destinasi pelancongan yang ditawarkan dengan penawaran penerbangan ke lebih 130 destinasi.

Semua penerbangan promosi boleh ditempah mulai hari ini hingga 16 Jun 2024, hanya di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com untuk tempoh perjalanan dari 2 September 2024 hingga 8 Oktober 2025.

Kempen ini membolehkan pengembara di rantau ini meneroka destinasi menakjubkan seperti Da Nang, Pattaya, Medan, Guwahati dan Siem Reap serta banyak lagi secara percuma dan merangsang ekonomi tempatan.

Tambang rendah bermula serendah RM279 sehala.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.