17 Mei 2024, 21:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan bahawa inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus pada tahun 2024.

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, hal ini secara amnya mencerminkan permintaan yang semakin stabil dan tekanan kos yang terkawal, bersama-sama dengan kemungkinan inflasi meningkat yang berpunca daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.

“Prospek sepanjang tahun ini bergantung pada pelaksanaan dasar dalam negeri berhubung dengan subsidi dan kawalan harga, serta perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan.”

Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2024 disokong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan permintaan luaran yang bertambah baik.

Beliau berkata pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan akan menyokong perbelanjaan isi rumah.

“Aktiviti pelaburan akan didorong oleh kemajuan dalam projek infrastruktur berbilang tahun merentas sektor swasta dan sektor awam di samping pelaksanaan inisiatif pemangkin yang diumumkan dalam pelan induk nasional serta lebih banyak pelaburan yang diluluskan kini direalisasikan. “Ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus bertambah baik.”

Walau bagaimanapun, Abdul Rasheed berkata prospek pertumbuhan terus cenderung ke arah pertumbuhan menjadi perlahan yang berpunca daripada permintaan luaran yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang kian meruncing dan pengeluaran komoditi dalam negeri yang berkurang lebih banyak.

“Meskipun begitu, terdapat risiko pertumbuhan lebih tinggi yang berpunca daripada limpahan peningkatan yang lebih besar kitaran teknologi, aktiviti pelancongan yang lebih memberangsangkan dan pelaksanaan projek pelaburan sedia ada dan baharu yang lebih cepat.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.