Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa indeks harga pengeluar perkhidmatan (IHPRP) mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024) meningkat satu peratus yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata semua subsektor mencatatkan pertumbuhan pada S1 2024 kecuali indeks pengangkutan yang kekal tidak berubah.
“Subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi menyaksikan peningkatan 7.5 peratus (S4 2023: 5.5 peratus) disumbangkan oleh peningkatan 2.1 peratus dalam aktiviti hiburan dan rekreasi lain.
“Sementara itu indeks penginapan, aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman meningkat 2.5 peratus (S4 2023: 3.4 peratus) disebabkan oleh peningkatan dalam aktiviti perkhidmatan minuman (3.3 peratus) dan restoran serta aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (2.8 peratus).”
Beliau juga menekankan bahawa subsektor lain seperti pendidikan (0.8 peratus) dan aktiviti hartanah (0.6 peratus) juga mengalami sedikit peningkatan.
Selain itu, indeks kesihatan dan profesional kedua-duanya meningkat sebanyak 0.2 peratus, diikuti oleh indeks maklumat dan komunikasi sebanyak 0.1 peratus.
“Perbandingan suku ke suku menunjukkan IHPRP meningkat 0.3 peratus berbanding 0.1 peratus suku sebelumnya disumbangkan oleh indeks pengangkutan (0.7 peratus), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (0.5 peratus), pendidikan (0.3 peratus) dan kesenian, hiburan serta rekreasi (0.2 peratus).
“Pada masa yang sama, subsektor lain iaitu aktiviti hartanah, kesihatan, maklumat dan komunikasi serta profesional merekodkan kenaikan sebanyak 0.1 peratus.”