15 Mac 2024, 20:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Malaysia berada di kedudukan ke-27 secara keseluruhan dengan mendahului Thailand (37) dan China (39) dalam segi pelaburan pada peringkat global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengiktirafan itu merupakan bukti usaha Malaysia dalam mempertingkatkan kemudahan menjalankan perniagaan dan menangani kekangan utama yang dihadapi oleh pelabur.

“MITI berasa amat gembira dengan pengiktirafan ini kerana mencerminkan fokus kami kepada pelaksanaan pelaburan yang diluluskan secara cekap. “Pengiktirafan ini akan mendorong kami ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk membantu pelabur menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk mereka ke Asia.”

Pengiktirafan itu dinilai berdasarkan kepada persepsi perniagaan, asas ekonomi, perkhidmatan kewangan, rangka kerja institusi serta piawaian dan dasar antarabangsa. Tambah beliau, Malaysia berada di kedudukan yang agak tinggi dalam kategori rangka kerja institusi disebabkan oleh hak pelabur yang kukuh di negara ini selain disumbangkan oleh persepsi perniagaan dan perkhidmatan kewangannya yang kukuh.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.