5 Mac 2024, 15:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Tax Corporate Governance Framework (TCGF) Guidelines dan Frequently Asked Questions (FAQ) telah dikemaskini sehingga 23 Februari 2024 dan rangka kerja tadbir urus percukaian korporat versi Bahasa Malaysia telah dimuat naik ke portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

HASiL berkata, pengemaskinian yang dibuat ke atas TCGF Guidelines dan FAQ adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada beberapa siri sesi libat urus yang dijalankan bersama-sama agensi kerajaan, organisasi dan pengamal percukaian serta kajian amalan terbaik pelaksanaan berkesan program Tax Corporate Governance (TCG).

Perubahan TCGF Guidelines adalah meliputi perkara yang berkaitan dengan pemantauan, aspek keberkesanan rangka kerja kawalan percukaian, pelaporan ujian kawalan dan pelaporan tadbir urus percukaian, kawalan dan pengurusan. Selain itu, bagi memastikan pemahaman dan penggunaan TCGF yang lebih meluas di Malaysia, dokumen rangka kerja tadbir urus percukaian korporat turut diterjemah dalam Bahasa Melayu.

Dokumen ini boleh diakses serta dimuat turun dengan langkah mudah seperti yang berikut:

  1. Layari Portal Rasmi HASiL di https://www.hasil.gov.my/;
  2. Klik menu Perundangan > Rangka Kerja > Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat > Guidelines tax Corporate Governance Framework atau > Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat atau > Frequently Asked Questions Tax Corporate Governance Framework and Guidelines; atau

iii. Capaian pantas di pautan:

Guidelines Tax Corporate Governance Framework https://www.hasil.gov.my/media/34ymucit/guidelines_tax_corporate_governance_framework_2.pdf

Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat

https://www.hasil.gov.my/media/dvhfx2bd/tax_corporate_governance_framew ork_tcgf_1.pdf

Frequently Asked Questions Tax Corporate Governance Framework and Guidelines

https://www.hasil.gov.my/media/as4aosx1/20240223_faq_tax_corporate_governance_framework.pdf

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.