1 Mac 2024, 23:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kajang – Sambutan Hari HASiL ke-28 dimeriahkan dengan sesi audio siar HASiL “The Next Episode with Financial Faiz, Dr. Say & Sean Lje” sebagai satu platform perkongsian info secara santai kepada orang ramai dalam memberi inspirasi, motivasi serta melahirkan rasa tanggungjawab kepada pematuhan cukai dalam kalangan masyarakat.

Program yang berlangsung selama dua jam pada sebelah malam bertempat di Dewan Bangsawan, Menara HASiL, Cyberjaya dihadiri oleh hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan HASiL dan komuniti sekitar Cyberjaya.

Sesi  ini turut membuka ruang kepada komunikasi dua hala antara HASiL dengan orang awam sebagai usaha meningkatkan mutu perkhidmatan.

Audio siar HASiL ini dibarisi oleh pegawai kanan HASiL, iaitu Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia dari Jabatan Khidmat Korporat, Encik Mohamad Razli Mohamad Ali sebagai moderator, manakala ahli panel terdiri daripada pempengaruh dan selebriti terkenal tanah air yang juga merupakan Rakan Strategik HASiL (RASH) lantikan tahun 2023/ 2024, iaitu Financial Faiz, Dr. Say Shazril dan Sean Lje.

Turut sama hadir termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin,  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBhg. Dato’ Wan Ramiza Wan Ghazali,  Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datuk Hisham Rusli, barisan pengurusan kanan HASiL serta jemputan agensi di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.