28 Februari 2024, 09:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia menurun sebanyak 0.6 peratus pada Januari 2024 berbanding dengan -1.3 peratus pada Disember 2023.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa penyusutan itu berlaku berikutan IHPR sektor perlombongan yang menyusut kepada 1.3 peratus berbanding dengan 3.4 peratus pada Disember 2023 disebabkan oleh penurunan indeks pengekstrakan gas asli sebanyak 6.8 peratus. IHPR meliputi indeks daripada lima sektor, iaitu perlombongan, pertanian, perhutanan dan perikanan, pembuatan, bekalan elektrik dan gas, serta bekalan air.

IHPR sektor pembuatan bagi Januari 2024 turut meningkat, penyusutan sebanyak 0.9 peratus berbanding dengan penurunan 1.5 peratus pada Disember 2023, manakala sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 3.2 peratus berbanding dengan pertumbuhan 1.3 peratus pada Disember 2023. Indeks bekalan air pula menokok 0.6 peratus pada Januari berbanding dengan pertumbuhan 0.4 peratus pada bulan sebelumnya.

IHPR pada Januari bagi sektor bekalan elektrik dan gas terus menyusut 0.8 peratus berbanding dengan penyusutan 0.6 peratus pada bulan terdahulu. IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan pula, komponen itu terdiri daripada bahan mentah untuk pemprosesan selanjutnya, iaitu bahan perantaraan, bekalan dan komponen serta barangan siap. Indeks bahan mentah untuk diproses selanjutnya meningkat 2.3 peratus pada Januari 2024 (Disember 2023: 0.4 peratus), dengan indeks bahan makanan dan makanan untuk haiwan menokok 3.5 peratus.

Indeks barang siap juga meningkat perlahan, iaitu 0.5 peratus (Disember 2023: 1.1 peratus) disebabkan oleh peningkatan indeks kelengkapan modal (1.4 peratus). Walau bagaimanapun, indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen terus turun 2.0 peratus (Disember 2023: -3.0 peratus) disebabkan oleh bahan api yang diproses dan pelincir (-12.9 peratus) dan bahan dan komponen untuk pembuatan (-1.1 peratus).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.