23 Februari 2024, 22:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini dengan penanda aras getah mutu Malaysia 20 (SMR 20) merekodkan paras tertinggi 24 bulan kerana disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan langkah rangsangan berterusan di China.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk SMR 20 melonjak 21 sen kepada 760.5 sen sekilogram (kg) yang merupakan tertinggi sejak Februari 2022 manakala susu getah pukal naik 1.5 sen kepada 688.5 sen sekilogram pada tengah hari. Aliran menaik dalam pasaran fizikal juga selari dengan pasaran fizikal getah serantau di tengah-tengah kelemahan ringgit berbanding dolar AS.

Niaga hadapan getah Jepun meningkat hari selepas merosot selama dua hari kerana didorong oleh pasaran saham domestik yang meningkat tinggi dan jangkaan pengukuhan yang berterusan tahun ini. Hal ini kerana pengendali pasaran dilihat boleh menyerap kekurangan getah asli global yang semakin teruk. Sementara itu, harga rujukan LGM untuk getah fizikal SMR 20 berada pada 756 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 693 sen sekilogram.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.