15 Februari 2024, 10:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Keputusan penambahbaikan sistem struktur gaji penjawat awam dijangka diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2025 pada tahun ini. Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), cadangan penambahbaikan sistem struktur gaji penjawat awam dijangka akan dimuktamad dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) selewat-lewatnya pada awal suku kedua tahun ini.

Terdahulu, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 2/2024 pada 13 Februari 2024 yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Mesyuarat tersebut telah membincang dan menimbangkan inisiatif penambahbaikan dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama yang berkaitan dengan aspek meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam. Beliau berkata,

Penambahbaikan pendapatan boleh guna penjawat awam merupakan satu daripada fokus dalam pemerkasaan modal insan perkhidmatan awam untuk memangkin peningkatan produktiviti penjawat awam bagi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

Tambah beliau, YAB Perdana Menteri turut memberikan penekanan kepada elemen pembaharuan perkhidmatan awam seperti pendigitalan sistem perkhidmatan, kerjasama strategik yang holistik serta pendekatan Whole-of-Nation bagi memacu peningkatan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme perkhidmatan awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.