13 Februari 2024, 18:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenalkan Penilaian Skop Berfokus (FSA) untuk Pengantara Pasaran Modal (CMI) dan Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) baharu yang layak.

Menurut Pengerusi SC, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin, platform pengumpulan dana dan pelaburan melalui pasaran swasta telah melalui pertumbuhan yang stabil untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi memanfaatkan dana rancangan kemajuan mereka.

Menurut beliau dalam suatu kenyataan berkata,

Sehingga suku ketiga tahun 2023, platform pendanaan ekuiti ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) telah mengumpul kira-kira RM5.9 bilion dan memanfaatkan hampir 10,000 PKS secara kolektif.

Tambah beliau, komitmen untuk membangunkan rangka kerja kawal selia yang lebih progresif dan teguh yang mencerminkan pengiktirafan SC terhadap peranan penting mereka dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara. Menurut SC, FSA yang berkuat kuasa serta-merta melalui pindaan pada garis panduan pasaran yang diiktiraf adalah sebahagian daripada pendekatan pengampang maklumat (gatekeeping) baharu SC memandangkan pasaran modal dan piawaian kawal selia semakin matang dan berkembang.

Beliau turut menambah bahawa FSA turut menilai kesediaan operasi dan kawal selia pemohon dengan cara yang lebih disasarkan dan cekap yang bertujuan untuk memendekkan masa ke pasaran bagi CMI dan RMO kepada tiga bulan yang sebelum ini boleh mengambil masa lebih daripada enam bulan.

FSA juga memerlukan pemohon mempunyai pihak bebas yang mengesahkan dasar dan prosedur perniagaan mereka, iaitu sebagai sebahagian daripada permohonan mereka kepada SC. Hal ini akan memberikan pemohon lebih kawalan demi memastikan kecekapan dan  menggalakkan kesediaan untuk mematuhi keperluan dalam menjalankan aktiviti terkawal.

Walaupun terdapat keperluan tersebut, SC tetap meneruskan kewajipan kawal selianya  menilai pemohon dalam bidang kritikal termasuk kesesuaian dan kewajaran, tadbir urus serta bidang risiko utama. SC memaklumkan pindaan terhadap garis panduan pasaran yang diiktiraf juga telah dibuat bagi menyediakan platform yang sama rata untuk semua RMO terutamanya dalam memastikan kecukupan sumber kewangan untuk memulakan operasi dengan cara yang adil dan teratur.  Selain itu, pindaan itu juga termasuk pengukuhan amalan menentang jenayah kewangan, seperti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.