Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melaporkan bahawa hampir 46 peratus masyarakat tidak dilindungi dengan takaful. MTA mengambil inisiatif untuk menggandakan pengambilan takaful kepada 40 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang daripada 20 peratus sekarang di bawah Pelan Strategik Hijrah 2027.
Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd Radzuan Mohamed menyatakan bahawa kadar penebusan takaful ialah 20 peratus, manakala konvensional pula ialah 34 peratus. Tambah beliau, terdapat pasaran khusus takaful yang merangkumi kumpulan pendapatan 40 terbawah (B40) dan kumpulan berpendapatan 40 pertengahan bawah (M40) seperti ibu bapa muda dan pekerja gig. Jelasnya lagi, takaful menyediakan pakej perlindungan yang baik bagi golongan tersebut walaupun strategi syarikat tertumpu untuk menjadikan takaful lebih menguntungkan.
Laporan interim Takaful FSB 2023 menyerlahkan kemajuan yang dicapai untuk pertumbuhan yang mampan dalam industri. Takaful FSB kini dalam fasa pelaksanaan dan kumpulan kerja mencapai kemajuan yang ketara dalam semua teras strategik melalui sebelas kumpulan kerja yang menyelia pelbagai aspek rangkuman kewangan, daya tahan evonomik, pendigitalan, kemampanan, dan daya tahan iklim serta kepimpinan kewangan Islam.