30 Januari 2024, 08:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Dialog Kementerian Pelaburan, Antrabangsa dan Industi (MITI) 2024 yang diadakan pada 29 Januari menekankan kerjasama yang lebih erat antara sektor awam dan swasta untuk memastikan agenda perindustrian semula Malaysia seperti yang telah digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Dialog MITI 2024 tersebut telah dipengerusikan oleh Menterinya, Yang Berhomat Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz yang dihadiri hampir 300 peserta terdiri daripada wakil 103 persatuan industri, dewan perniagaan dan majlis perniagaan serta 24 kementerian atau agensi termasuk MITI dan agensi di bawahnya. “Mesyuarat telah memudah cara pelbagai pertukaran idea dan perbincangan yang dinamik mengenai strategi, penyelesaian dan pelaksanaan yang lebih kukuh untuk meningkatkan lagi ekosistem industri, perdagangan dan pelaburan Malaysia berdasarkan NIMP 2023 sebagai dasar yang menyeluruh,” kata MITI dalam kenyataan.

Menurut Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz dalam ucapan penutupnya, beliau telah menggariskan beberapa isu utama seperti mempersiapkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terhadap pendedahan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui Rangka Kerja ESG Industri Kebangsaan (i-ESG). Tambah beliau, isu lain termasuklah menangani jurang bakat dalam industri pembuatan, menarik pelaburan langsung asing yang disasarkan dan memastikan industri menerapkan penggunaan teknologi baharu secepat mungkin.

Beliau turut menegaskan sesuatu dasar hanya berkesan jika pelaksanaannya dengan betul dan pelaksanaan NIMP adalah penting bagi Malaysia untuk terus meningkatkan daya saing landskap perniagaan dan dan pelaburan negara. “Dalam merealisasikan inisatif ini, MITI telah mengumumkan Kad Laporan Suku Tahunannya pada tahun lepas di mana MITI telah berkongsi kemajuan pelbagai dasar di bawah bidang kuasa MITI.”

Beliau memaklumkan MITI kini sedang membangunkan papan pemuka untuk NIMP dan indikator utama lain untuk semua dasar di bawah MITI untuk memudahkan pihak industri dan orang awam memantau kemajuan pelaksanaan dasar tersebut dan akan sentiasa menyemak sasaran dan menambah baik dasar tersebut sekiranya perlu. MITI terlebih dahulu telah menerima serahan sebanyak 60 memorandum merangkumi 32 kategori dan sejumlah 163 isu yang mencerminkan minat dan komitmen yang mendalam dari pihak industri dan agensi untuk menyumbang kepada penambahbaikan dan pelaksanaan dasar berkaitan industri.

Para pemimpin industri dan wakil dewan perniagaan juga telah menyatakan komitmen mereka untuk mengeratkan lagi kerjasama dengan kerajaan dalam memacu pelaksanaan dasar negara bagi mencapai objektif seperti yang digariskan dalam NIMP 2030. MITI berharap untuk terus memperkukuhkan kerjasama dan perkongsian dengan pelbagai pihak berkepentingan lain untuk memacu perindustrian semula negara ke arah pemerkasaan ekonomi Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.