30 Januari 2024, 15:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Lembaran Takwim 2024 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah dimulakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) “Santuni Warga Emas” yang berlangsung di Rumah Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Majlis perasmian dan penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wan Ramiza binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) dan turut dihadiri oleh Encik Nor Azlin bin Che Kamarudin, Timbalan Penguasa Rumah Seri Kenangan, Encik Zaini bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Tuan Haji Wan Roslan bin Wan Ismail, Pengarah Negeri HASiL Kelantan serta barisan pegawai kanan HASiL.

Dalam program ini, HASiL telah menyerahkan sumbangan yang bakal dimanfaatkan oleh 83 orang penghuni Rumah Kenangan Taman Kemumin seperti yang berikut:

  1. Tiga buah mesin basuh semi auto
  2. Lima unit kipas siling
  3. Lima unit kipas berdiri
  4. Lima buah kerusi malas
  5. 45 unit kit pembersih

HASiL turut mengambil peluang menyerahkan replika cek berjumlah RM10,000 kepada Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan bagi pembinaan Masjid Ibadur Rasheed. Menerusi usaha murni ini, HASiL berharap agar semangat kebersamaan dan kesepaduan dapat dizahirkan seterusnya menyemarakkan rasa kasih sayang dalam masyarakat seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

  1. a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
  2. b) HASiL Live Chat; dan
  3. c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.