Diterbitkan pada 25 Januari 2024, 23:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Pasaran hartanah Malaysia diunjur stabil pada tahun 2024 walaupun dalam senario ketidaktentuan ekonomi dengan kawasan dan subpasaran dijangka mencatat pertumbuhan lebih memberangsangkan.

Pengurus PropertyGuru Sheldon Fernandez menyatakan bahawa terdapat kemungkinan peralihan minat sementara pembeli terhadap pasaran sewa berikutan ketidakmampuan pemilikan rumah yang berterusan. Beliau menambah bahawa keadaan itu disokong dengan inflasi yang mereda dan inisiatif bersasar kerajaan untuk memberi sokongan kepada pembeli rumah dan membantu menjadikan pasaran lebih seimbang. Meskipun cabaran terus ada, kami mengekalkan unjuran yang optimis secara berhati-hati terhadap pasaran hartanah.

Pada masa depan, PropertyGuru menjangkakan beberapa aliran yang akan memberi impak ke atas sektor hartanah pada tahun ini, termasuk aspek kelestarian dan keterangkuman dalam pasaran hartanah tempatan. Beliau berkata keadaan membabitkan hartanah siap tidak terjual dijangka bertambah baik pada tahun ini. Pada tahun lepas, kerajaan komited untuk menangani isu yang berlanjutan dengan penubuhan pasukan petugas khas untuk mengenal pasti isu projek rumah “sakit’” dan tidak terjual.

Beliau juga menyifatkan inisiatif bersasar kerajaan, termasuk skim jaminan kredit perumahan dengan peruntukannya dinaikkan kepada RM10 bilion dalam Belanjawan 2024 dapat mengurangkan kos pemilikan rumah kepada pembeli.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi