Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuantan – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) Pahang telah mengadakan Taklimat Khas: Program Khas Pengakuan Sukarelawan (PKPS) 2.0 dan pelaksanaan e-invois di Menara HASiL, pada pagi tadi.
Taklimat ini telah disertai oleh 150 orang dan pihak HASiL telah berkolaborasi dengan Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guanxi Pahang (PPPGP) dalam menjayakan program tersebut.
PKPS 2.0 diperkenalkan untuk memberikan peluang kepada pembayar cukai tampil secara sukarela melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat serta teratur selaras dengan ketetapan yang dimuktamadkan.
Manakala pelaksanaan e-invois pula memberikan banyak manfaat kepada pembayar cukai terutamanya dalam penjimatan masa dan penggunaan sumber bagi menguruskan invois serta mengurangkan beban kepada pemilik perniagaan kecil dan sederhana. Pelaksanaan PKPS 2.0 dan e-invois akan dijalankan secara mandatori bermula pada 1 Ogos 2024.

EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, YB Tuan Sim Chon Siang telah merasmikan program tersebut. Yang turut hadir dalam program tersebut termasuklah Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Audit HASiL Pahang, Encik Ruslan Othman; Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Khidmat Pelanggan HASiL Pahang, Puan Roszita Ismail; dan Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guangxi Pahang Encik Siew Fook Chan.
Pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan e-invois dengan merujuk pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois/soalan-lazim-industri-spesifik/:
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan dengannya boleh dimajukan melalui: