Diterbitkan pada 19 Januari 2024, 11:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Hong Leong Islamic Bank (HLISB) dan Andalusia Travel & Tours menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik untuk menyediakan kemudahan pembiayaan bagi menunaikan umrah. Ketua Pengawai Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi menyatakan bahawa kerjasama tersebut membolehkan masyarakat Islam yang mahu menunaikan umrah bagi membiayai perjalanan mereka mengikut syariah dengan menggunakan tawaran HLISB.

Beliau menambah bahawa pihak HLISB komited membentuk rumusan kewangan yang memenuhi gaya hidup pelanggan selaras dengan polisi bank untuk menjadi bank yang berpusatkan keperluan pelanggan. Pihak HLISB ingin menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif berkaitan dengan kewangan patuh syariah. Pihak HLISB akan mengembangkan dengan penawaran akses digital komprehensif melalui platform mudah alih, memudahkan pembayaran zakat dalam talian dan peluang pengurusan kekayaan melalui akaun pelaburan berjangka dan pembiayaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Pengarah Andalusia, Ida Riswana Idris pula menyatakan bahawa kerjasama tersebut memberikan faedah kepada semua pihak dengan memanfaatkan pangkalan pelanggan yang besar. Tambah beliau, kerjasama itu membolehkan pelanggan mereka mendapat akses pembiayaan yang patuh syariah dan harga berpatutan dengan rangkaian perkhidmatan kewangan yang holistik.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi