Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) bersetuju untuk merangka pelan strategik bagi meningkatkan pelaburan hijau sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan hab pelaburan hijau utama serantau.
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mesyuarat juga memutuskan untuk menjenamakan projek Kerajaan Persekutuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, iaitu Kerian Integrated Industrial Park, sebagai Kerian Integrated Green Industrial Park sejajar dengan penekanan terhadap pelaburan hijau.
Tambah beliau, MPN juga bersetuju untuk menubuhkan National Semiconductor Strategic Task Force (NSSTF) iaitu platform khusus untuk membangunkan ekosistem semikonduktor dan menarik pelaburan strategik dalam sektor ini. Katanya lagi, beliau sendiri akan mempengerusikan sendiri pasukan petugas khas tersebut yang turut melibatkan penyertaan pelbagai kementerian, ahli akademia serta pemain industri domestik dan global.
Menurut beliau, kesemua usaha ini amat penting dalam memastikan negara mampu mencapai objektif Ekonomi MADANI termasuk meletakkan Malaysia dalam ranking 30 teratas dari segi ekonomi terbesar dunia, dan 12 teratas dari segi daya saing global dalam tempoh 10 tahun.