28 Disember 2023, 16:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi tahun 2024 telah dimuat naik dalam portal rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BN mereka pada tahun 2024. Dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikut panduan mudah seperti yang berikut:

  • Layari Portal Rasmi HASiL di www.hasil.gov.my.
  • Klik menu Borang > Program Memfail Borang Nyata > Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2024
  • Atau capaian pantas di pautan yang berikut:

Versi Bahasa Malaysia:

https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-

nyata-tahun-2024.pdf

Versi Bahasa Inggeris:

https://www.hasil.gov.my/media/fw2jk2fd/rf-filing-programme-for-the-

year-2024.pdf

Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian serta komitmen bagi meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan, HASiL akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax mulai 01 Januari 2024.

Pelaksanaan mandatori e-Perkhidmatan ini juga melibatkan keperluan untuk pengemukaan BN secara e-Filing yang merangkumi kategori pembayar cukai seperti yang berikut:

Sila ambil perhatian bahawa Borang e-E hanya dianggap lengkap jika CP8D (maklumat saraan pekerja) dikemukakan sebelum atau pada tarikh akhir pengemukaan borang. Bagi tujuan penyediaan maklumat saraan pekerja, format CP8D bagi tahun saraan 2023 telah dikemas kini dengan tambahan dua medan maklumat, iaitu “Status Pekerja” dan “Tarikh Persaraan/Tamat Kontrak”. Majikan boleh merujuk kepada format terkini susun atur maklumat e-Data Pra- isi/e-CP8D bagi tahun saraan 2023 yang dilampirkan bersama-sama Program Memfail BN 2024 ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.