Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSepang – AirAsia mengumumkan promosi tambang istimewa bermula dari RM189 ke tujuh destinasi di selatan India mulai 14 Disember hingga 24 Disember 2023. Promosi ini diberikan sempena pengumuman pengecualian visa dari India ke Melaysia baru-baru ini. Antara tujuh destinasi yang mendapat promosi tersebut termasuklah Chennai, Tiruchirappalli, Kochi, Hyderabad, Bengaluru, Kolkata dan Thiruvananthapuram.
Ketua Pengawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat menyatakan bahawa pengecualian visa selama 30 hari bagi warganegara India ke Malaysia merupakan inisiatif penting AirAsia pada tahun ini. Tambah beliau, inisiatif ini membolehkan lebih ramai pelancong India melancong ke Malaysia dan merancakkan sektor pelancongan negara .
AirAsia juga akan meningkatkan kekerapan penerbangan antara Malaysia dengan India berjumlah 69 penerbangan mingguan bermula pada suku pertama tahun 2024. AirAsia mengendalikan lapan laluan terus dari Malaysia ke bandar utara dan selatan India melalui penerbangan jarak dekat, AirAsia Malaysia dan syarikat penerbangan jarak sederhana, AirAsia X. Selain itu, AirAsia juga menawarkan perkhidmatan fly-thru yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai transit ke lebih 130 destinasi di 22 buah negara.