27 November 2023, 17:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sepang – Rural Capital Berhad (RCB) menyumbang zakat perniagaan bagi tahun 2022 berjumlah RM107,6054 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Majlis penyerahan itu diadakan di Avani Sepang Goldcoast Resort, Selangor tersebut disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RCB, Hiruddin Hashim menyampaikan mock cek kepada CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. Turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Ketua Pengarah MARA, Datuk Sri Azhar Abdul Manaf dan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Sri Azhar Abdul Manaf menyatakan bahawa RCB merupakan satu daripada anak syarikat MARA yang memberi fokus terhadap empat teras perniagaan seperti pengurusan bayaran balik pinjaman, perkhidmatan pembiayaan, penyelesaian berasaskan digital dan perlindungan takaful. RCB telah memulakan operasi sejak 2 Januari 2013  dan sehingga kini kekal berdaya saing dengan syarikat subsidiari MARA yang lain.

Program itu juga merupakan satu daripada program yang dilangsungkan untuk meraikan ulang tahun RCB yang ke-10. Bersempena dengan majlis tersebut turut diadakan sesi forum. Ahli panel forum itu terdiri daripada Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed dan Konsul Kehormat Malaysia di Zurich, Switzerland, Guna R. Mahalingam yang juga merupakan Pengasas dan Pengerusi Strategic Swiss Partners AG.

Terdahulu, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis berkenan berangkat mengetuai program Kayuhan Berbasikal RCB10 di sekitar Bagan Lalang, Sungai Pelek dan turut disertai seramai 100 peserta dalam kalangan kepimpinan tertinggi MARA dan RCB, TTG KL dan juga MARA Cycling Club.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.