17 November 2023, 11:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof menyatakan bahawa eksport minyak sawit dan berkaitan dengan minyak sawit Malaysia ke China dijangka meningkat tahun ini atau kekal berada pada paras tahun lepas.

Eksport minyak sawit dan produk berkaitan minyak sawit dari Malaysia ke China pada tahun lepas mencecah USD3.72 bilion atau RM14.86 bilion. Jumlah tersebut membentuk 11.4 peratus daripada jumlah keseluruhan eksportdi seluruh dunia iaitu berjumlah RM130.25 bilion. Beliau menyatakan bahawa terdapat banyak pasaran yang belum ditembusi di China. Oleh itu, kita perlu terus mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China.

Mengenai import minyak sawit, beliau menambah bahawa China komited untuk meningkatkan lagi jumlah import minyak sawit dan produk hiliran mengandungi minyak sawit dari Malaysia yang merupakan pengeluar minyak sayuran kedua terbesar di dunia. Selain itu, China merancang untuk meningkatkan bukan sahaja import minyak sawit tetapi juga derivatif termasuk tocotrienol yang merupakan vitamin e berasaskan minyak sawit.

China juga mahu melihat bagaimana kita boleh meningkatkan kerjasama daripada segi penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan penggunaan minyak sawit di negara ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.