17 November 2023, 23:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.Misi perdagangan itu yang melibatkan 500 mesyuarat perniagaan dari 29 Oktober 2023 hingga 3 November 2023 telah diterajui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

EAM menampilkan penyertaan 19 syarikat Malaysia yang merentasi pelbagai sektor merangkumi barangan pengguna bergerak pantas (FMCG), bahan binaan, jentera, teknologi maklumat dan komunikasi, minyak dan gas, peranti perubatan serta perkhidmatan. EAM bertujuan menyokong usaha pengeksport Malaysia dalam mengembangkan eksport mereka di Asia Selatan. Pada masa ini, India dan Bangladesh adalah dua rakan dagang terbesar Malaysia di rantau ini.

Pada tahun 2022, jumlah perdagangan Malaysia dengan India dan Bangladesh masing-masing mencecah RM86.22 bilion serta RM19.69 bilion. Menurut Matrade, jumlah perdagangan antara Malaysia serta India bagi Januari-September 2023 telah mencecah RM56.51 bilion. Dalam tempoh itu, Malaysia mengeksport RM34.18 bilion ke India manakala import berjumlah RM22.33 bilion.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bangladesh untuk tempoh yang sama telah mencapai paras RM9.81 bilion, manakala eksport dan import, masing-masing mencecah RM8.67 bilion serta RM1.14 bilion.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.