10 November 2023, 11:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 7.6 peratus tahun ke tahun kepada RM584.0 bilion pada suku ketiga 2023, yang dirangsang oleh prestasi yang menggalakkan bagi semua segmen di bawah sektor itu.

Sektor perkhidmatan merekodkan pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus pada suku kedua tahun ini. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa peningkatan ketara dicatatkan oleh segmen perdagangan borong dan runcit; makanan dan minuman serta penginapan yang meningkat RM28.7 bilion kepada RM446.6 bilion. Hal ini diikuti oleh segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan yang meningkat RM7.2 bilion atau 9.8 peratus); segmen profesional, hartanah serta pentadbiran dan khidmat sokongan (RM3.1 bilion; 9.4 peratus) dan segmen kesihatan swasta, pendidikan swasta, kesenian, hiburan dan rekreasi dan perkhidmatan persendirian dan aktiviti lain (RM2.2 bilion; 12.3 peratus).

Dari segi analisis perbandingan suku tahun ke suku tahun, jumlah hasil sektor perkhidmatan pada suku ketiga 2023 merekodkan kenaikan 2.8 peratus atau RM15.8 biion berbanding suku tahun sebelumnya. Tambah beliau, jumlah pekerja dalam sektor ini seramai 4.4 juta orang, meningkat 79,400 orang atau 1.8 peratus tahun ke tahun. Kenaikan ini disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong dan runcit dengan peningkatan sebanyak 37,200 orang atau 1.9 peratus, diikuti subsektor pengangkutan dan penyimpanan (15,000 orang; 4.2 peratus). Beliau melaporkan bahawa jumlah pekerja berkembang 0.6 peratus dan meningkat 24,400 orang.

Mengenai pendapatan e-dagang, beliau menyatakan bahawa e-dagang mencatatkan nilai sebanyak RM289.5 bilion iaitu bertumbuh 5.4 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2023. Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pendapatan e-dagang meningkat sebanyak 3.2 peratus. Gaji dan upah yang dibayar mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.1 bilion atau 3.6 peratus dari tahun ke tahun. Kenaikan ini disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong dan runcit dan pengangkutan dan penyimpanan yang masing-masing bertambah sebanyak RM400 bilion dan RM200 bilion masing-masing.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.