7 November 2023, 17:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Miri – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus menzahirkan keprihatinan dan semangat kesukarelawanan membantu golongan yang memerlukan dengan menyantuni sebanyak 66 orang anak yatim, warga kelainan upaya dan murid tahfiz melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) HASiL Kasih Prihatin Peringkat Negeri Sarawak di sekitar Miri, Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) HASiL, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi menyampaikan sumbangan dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) HASiL Kasih Prihatin Peringkat Negeri Sarawak.

Majlis HASiL Kasih Prihatin dan penyampaian sumbangan wang tunai berjumlah RM19,500 berserta barangan keperluan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) HASiL, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi, kepada:

  1. Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup Miri (Rumah Anak Yatim)
  2. Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa (PIBAKIS) Miri
  3. Pusat Maahad Tahfiz An-Naim Lutong, Miri

Turut hadir bersama-sama menjayakan program yang diadakan di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup Miri ini termasuklah Pengerusi PERYATIM Cawangan Miri, YBrs. Tuan Haji Julaihi Haji Mohamad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), YBhg. Datuk Dr. Sotimin Muhalip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBhg. Datuk Abu Tariq Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBhg. Dato’ Wan Ramiza Wan Ghazali, dan Pengarah Negeri Sarawak, Encik Vijayen a/l Nagalingham.

YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi dalam ucapannya menyatakan bahawa program CSR ini adalah kesinambungan bagi aktiviti tradisi organisasi yang dilaksanakan setiap tahun dan dipercayai mampu memberikan impak yang besar terhadap kebajikan dan kesejahteraan masyarakat setempat. Pelaksanaan program seperti ini juga merupakan satu daripada pendekatan strategik HASiL dalam mendekatkan diri kepada masyarakat. Hal ini juga mencerminkan keprihatinan HASiL dalam menerapkan rasa kasih sayang untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

HASiL mengharapkan sumbangan yang diberikan ini sedikit banyak dapat membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik sebagaimana pendekatan Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan. Semoga aktiviti CSR yang dijalankan seperti ini juga turut dapat memupuk semangat kerjasama dan bantu- membantu dalam kalangan Pasukan HASiL, seterusnya melahirkan warga kerja yang prihatin dan penyayang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.