Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Richiamo Coffee, jenama tempatan 100 peratus milik bumiputera yang mula beroperasi sejak tahun 2015 melebarkan rangkaiannya dengan pembukaan cawangannya yang ke-176 di Stesen MRT Ampang Park, Kuala Lumpur, malam semalam.
Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian pengoperasian cawangan Richiamo Coffee yang terbaharu tersebut.
Keberangkatan tiba Baginda disambut mesra oleh Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo, Muhamad Zamry Abu Samah, serta diiringi anakanda bongsu baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Muhamad Zamry mempersembah maklumkan kepada DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra bahawa sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan bagi mereka yang membuka cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara.
Bagi menambah baik kehadiran jenama Richiamo dalam pasaran, syarikat berkenaan sangat teliti dalam memilih dan menapis permohonan agar tidak bertindih dengan cawangan-cawangan yang sedia ada.