Diterbitkan pada 27 Oktober 2023, 20:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Johor Port Berhad meraikan kejayaan mereka menyempurnakan operasi bunkering gas asli cecair (LNG) bersama dengan Petco Trading Labuan Co Ltd (PTLCL).

Pelaksanaan operasi dengan anak syarikat Petronas itu bermula pada November 2020 dengan membekalkan LNG kepada kapal MV Siem Aristotle yang juga merupakan operasi bunkering LNG Malaysia yang pertama. Hasil kerjasama itu berjaya mengatasi Singapura daripada segi bilangan operasi dan jumlah tan bunker dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai perintis hab bunker di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md Derick Basir menyatakan bahawa had Pelabuhan Pasir Gudang terletak pada kedudukan yang paling penting di laluan kapal dari arah Timur dan Barat. Hal ini menjadikan pelabuhan itu sebagai lokasi pilihan kapal LNG untuk menjalankan operasi bunkering LNG. Ketua Pegawai Eksekutif PTLCL, Shamsul Bahari Salleh menyatakan kejayaan tersebut merupakan pendorong untuk mengecapi lebih bayak pencapaian pada masa akan datang dalam usaha mereka memacu penggunaan bahan api lebih bersih dalam industri marin.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi