14 Oktober 2023, 11:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sebanyak RM28 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk membangunkan platform MYStartup sebagai tetingkap tunggal yang menghimpunkan syarikat pemula niaga di samping memudahkan  aktiviti perniagaan sepanjang kitaran hayat syarikat tersebut.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, “… inisiatif ini akan mengoptimumkan dana sebanyak RM200 juta di bawah pelbagai agensi pembiayaan dan modal teroka dalam satu platform. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) telah menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion dalam usaha mengantarabangsakan syarikat pemula tempatan serta meningkatkan daya saing untuk menembusi pasaran serantau.”

Menurut beliau lagi, dana tersebut adalah untuk menggalakkan syarikat pemula niaga termasuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera menceburi bidang pertumbuhan dan bernilai tinggi (HGHV) seperti ekonomi digital, teknologi angkasa serta elektrik dan elektronik. Beliau menjelaskan lagi bahawa langkah ini selaras dengan keputusan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Industri Ke-4 Negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.