13 Oktober 2023, 15:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjong Malim – Satu Perjanjian Kolaborasi Utama antara DRB-HICOM Berhad dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. berkaitan dengan pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automatif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak baru-baru ini.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata AHTV merupakan satu projek mega membabitkan pelaburan berjumlah RM32 bilion yang dipelopori oleh syarikat Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) bersama-sama DRB-HICOM Berhad.

“Projek ini bakal mengubah Tanjong Malim menjadi sebuah hab automotif global untuk kenderaan tenaga baharu (NEV) seraya dikembangkan mencakupi pembangunan bakat, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perbandaran,” katanya.

Beliau juga menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kolaborasi Utama antara DRB-HICOM dengan Geely sebagai komitmen kedua-dua pihak dalam menjayakan AHTV setelah mempengerusikan mesyuarat berkaitan dengan projek AHTV yang berlangsung sebelum majlis tersebut.

Turut disaksikan pada hari yang sama ialah pemeteraian Dasar-Dasar Utama Perjanjian antara Altel dengan Geespace Technology yang memberikan tumpuan terhadap pembangunan dan pelaksanaan sistem teknologi tinggi serta memangkin pelaksanaan penyelesaian inovatif bagi sektor seperti pelabuhan pintar.

Menurut beliau, sokongan Kerajaan Perpaduan serta kelancaran projek ini menjadi contoh kepada pelabur luar terhadap pendekatan Malaysia dalam memudah cara pelaburan dengan cekap dan segera.

Turut hadir bersama dalam menyaksikan pemeteraian perjanjian tersebut termasuklah Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.