13 Oktober 2023, 22:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kerajaan bakal menyediakan peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah pelaburan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2024 sebagai pemangkin untuk memacu misi NIMP dengan dana permulaan 2024 sebanyak RM200 juta.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan mewujudkan Kerangka Ekonomi MADANI khusus bagi memahat nama Malaysia sebagai jaguh ekonomi serantau. Bagi mencapai hasrat tersebut, struktur ekonomi perlu dirombak dan disusun semula supaya potensi yang ada dapat dikembangkan. NIMP menyasarkan jumlah pelaburan keseluruhan sehingga RM95 bilion di samping melibatkan 3.3 juta peluang pekerjaan, dengan gaji penengah hingga RM4510 sebulan menjelang tahun 2030.

Selain itu, beliau menambah antara isu struktur yang membelenggu sistem ekonomi termasuklah sektor perindustrian yang menguncup sebelum masanya, manakala sumbangan industri pembuatan kekal di bawah paras 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Bagi mengekang masalah tersebut, keutamaan pelaburan masa hadapan ditumpukan kepada bidang yang mempunyai potensi dan bernilai tinggi (HGHV).

Pendekatan insentif berasaskan keberhasilan ialah satu dimensi baharu yang menggunakan sistem tiering dalam pemberian insentif. Inisiatif ini akan merancakkan syarikat untuk menjana ekonomi melalui pelaburan dalam bidang bernilai tinggi dan seterusnya mewujudkan kluster ekonomi baharu, memperluas rangkaian domestik dan mengimbangi kelestarian ekonomi dan alam sekitar.

Sebagai permulaan, kerajaan bercadang untuk memberikan galakan cukai pelaburan semula secara tiering dalam bentuk elaun cukai pelaburan sebanyak 70 peratus atau 100 peratus.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.