Oleh Abd Razak Osman
9 Oktober 2023, 09:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Bengkel Pemerkasaan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid 2023 anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) berlangsung selama dua hari di Hotel Park Avenue Sungai Petani.

Hampir 50 orang pegawai koperasi kariah masjid di seluruh negara menyertai bengkel itu bertujuan untuk memajukan gerakan koperasi kariah masjid ke arah memperbaiki ekonomi masyarakat Islam. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, aktiviti koperasi kariah masjid dapat digerakan dengan mudah jika jawatankuasa kariah masjid mempunyai ilmu pengurusan koperasi.

Tambah beliau, bilangan koperasi kariah masjid di seluruh negara hanya berjumlah 604 berbanding dengan 6816 buah masjid. “Setelah koperasi kariah masjid mencapai 43 004 orang ahli, banyak kejayaan mula dinikmati, termasuk asetnya mencapai RM30 juta, saham dan yuran RM13.74 juta dan perolehan pula RM24.22 juta sehingga 31 Disember 2022 lalu. “Menurutnya, sebuah konsortium koperasi kariah masjid yang pertama di Malaysia telah didaftarkan atas nama Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS). “Sebanyak 58 koperasi kariah masjid telah menjadi ahli konsortium itu dengan modal saham minimum sebanyak RM1000 dan aktif mejalankan pelbagai aktiviti perniagaan berkaitan keperluan anggota kariah masjid di negara ini.”

Setiausaha Eksekutif Angkasa, YBhg Hasnan Mustapha berkata, pembentangan kertas kerja itu diharapkan akan membuka fikiran untuk mengerak koperasi kariah masjid ke tahap yang lebih baik lagi. Pada bengkel itu juga, Abdul Fattah  memperkenalkan satu produk iaitu ayam sihat atas usahasama Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) & RSA Quality Foods & Products.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.