7 Oktober 2023, 15:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 Abu Dhabi – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya menyatakan bahawa kerajaan akan mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai bagi pelabur asing yang berminat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Jelasnya lagi, terdapat beberapa kawasan akan dipilih dan sebanyak 10 hingga 12 tempat telah dikenal pasti yang antara sebahagian tempatnya di Pahang dan pelabur akan memilih antara lokasi yang telah disenarai pendek.

“Malaysia berada di hadapan dalam menerima pelaburan bagi sektor tenaga boleh diperbaharui pada ketika ini dan akan semakin ke hadapan jika komitmen pelaburan daripada negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bernilai USD8 bilion bagi projek tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt menjadi kenyataan.” Demikian penjelasan beliau kepada media Malaysia pada akhir lawatan kerja selama dua hari beliau ke negara tersebut di sini, hari ini.

YAB Perdana Menteri ketika sidang media pada akhir lawatan kerja selama dua hari beliau ke UAE.

Tambah beliau lagi, kerajaan juga bercadang supaya pusat data yang berada di Johor  dan Selangor ketika ini dikembangkan ke negeri berdekatan. Beliau menyatakan bahawa semasa pertemuannya dengan para pelabur, mereka meminta Malaysia untuk mempercepatkan dan memudahkan proses untuk memulakan perniagaan. Sehubungan dengan itu, beliau akan mengusahakan perkara tersebut kerana terdapat negara lain yang membuat penawaran lebih baik daripada Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.