27 September 2023, 12:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa indeks harga pengeluar (IHP) Malaysia merosot kepada -1.8 peratus pada Ogos 2023, iaitu meningkat sedikit berbanding -2.3 peratus pada Julai (Jun: -4.8 peratus).

Penurunan itu diterajui oleh sektor perlombongan, yang merosot kepada -3.8 peratus (Julai 2023: -10.8 peratus), dengan indeks pengekstrakan petroleum mentah mencatatkan -6.5 peratus pada Ogos 2023. Pada masa yang sama, sektor pembuatan menurun sebanyak -2.3 peratus yang dipengaruhi oleh penurunan dalam indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-13.4 peratus) dan indeks pembuatan produk makanan (-7.6 peratus).

Pada asas bulanan, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan meningkat 0.3 peratus pada Ogos daripada 0.2 peratus pada Julai. Sektor perlombongan meningkat sebanyak 3.9 peratus disebabkan oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah (5.0 peratus) dan pengekstrakan gas asli (0.7 peratus). Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 1.9 peratus dengan indeks penanaman tanaman kekal mencatatkan peningkatan sebanyak 5.0 peratus. Sektor bekalan air juga mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus pada bulan ini.

Sementara itu, sektor pembuatan menurun -0.2 peratus, disebabkan oleh indeks pembuatan produk petroleum bertapis (-1.2 peratus) dan pembuatan minyak dan lemakdaripada sayuran dan haiwan (-1.2 peratus). Sektor bekalan elektrik dan gas juga merosot -0.1 peratus

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.