22 September 2023, 08:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) kali ke-42 berlangsung baru-baru ini di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

MPFN ke-42 ini merupakan platform bagi kerajaan persekutuan berbincang dengan kerajaan negeri berkaitan dengan hal ehwal perancangan bandar dan desa serta pembangunan fizikal negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Beliau memberi penekanan terhadap usaha mempercepat proses pembangunan supaya dapat meningkatkan pelaburan ekonomi dan memperbaik tahap memudah cara perniagaan di Malaysia kerana masih terdapat kebimbangan dalam kalangan pelabur tentang kecekapan dan kecepatan kelulusan pembangunan terutama pada peringkat tempatan.

MPFN ke-42 tersebut telah meluluskan Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) atau dikenali sebagai PeGTaECRL, suatu dokumen perancangan guna tanah jangka panjang, iaitu hingga tahun 2040 yang dirangka bagi memandu pembangunan di sekitar 20 stesen dan di sepanjang laluan ECRL yang telah dikenal pasti. MPFN ke-42 yang berlangsung turut membincangkan tentang keperluan penyelarasan proses kelulusan pembinaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan bersetuju dengan Garis Panduan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik dan Prosedur Pemajuan (GPP EVCB) yang dibentangkan. Malaysia masih jauh ketinggalan dalam industri EV ini berbanding dengan negara jiran Singapura dan Indonesia.

Menurut beliau, keputusan ini juga adalah selari dengan transformasi industri automatif negara ke arah peralihan masa hadapan yang lebih mesra alam dan mampan serta ketersediaan infrastruktur pengecasan amat penting dalam transformasi sektor automotif ini. Mesyuarat tersebut juga telah bersetuju tentang keperluan pemakaian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara oleh Agensi Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan penterjemahan cadangannya dalam dokumen rancangan tempatan (RT) untuk kawalan perancangan dan guna tanah peringkat tempatan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.