Diterbitkan pada 15 September 2023, 22:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Petronas Lubricants International (PLI) dan PT Kilang Pertamina Internasional menandatangani Perjanjian Kerjasama Bersama (JSA) bagi meneroka pembangunan loji minyak asas pelincir greenfield baharu di Unit Penapisan Cilacap, Jawa.

Kerjasama itu akan melibatkan kedua-dua syarikat dalam pelaksanaan teknikal dan kajian terperinci yang dijangka boleh memenuhi permintaan pasaran Indonesia dan pertumbuhan pasaran serantau termasuk China serta Asia Tenggara. Keputusan pelaburan tersebut dijangka selesai menjelang tahun 2025.  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Hezlinn Idris menyatakan bahawa JSA merupakan sebahagian usaha strategik syarikat untuk melengkapkan dan mengembangkan portfolio minyak asas pelincir gred tinggi.

Beliau juga menambah bahawa JSA  akan menyediakan peluang tambahan bagi meneroka pasaran yang masih belum diteroka dan meluaskan pengaruh sebagai peneraju dalam teknologi pelincir. Pengarah Perancangan Perniagaan Antarabangsa dan Pembangunan PT KPI, Johan N.B Nababan menyatakan bahawa pihaknya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan PLI sambil mencari peluang sinergi untuk mengembangkan perniagaan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi