Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 yang telah dilancarkan pada Selasa lalu oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil pendekatan yang amat inklusif dengan memberikan tumpuan yang tinggi terhadap kerjasama strategik dengan kementerian, agensi dan kerajaan negeri.
Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), pendekatan yang dilakukan ini adalah untuk memastikan penyertaan yang lebih baik daripada syarikat tempatan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata edisi ke-19 ini merupakan pameran halal terbesar di dunia yang telah menarik penyertaan sebanyak 34 agensi kerajaan.
“MIHAS 2023 menampilkan 13 kluster, iaitu makanan dan minuman, teknologi dan pembungkusan makanan, farmaseutikal dan perubatan, pendidikan, fesyen dan gaya hidup sederhana, ”jelasnya.
Kluster lain termasuklah e-dagang, peruncitan dan francais, perhotelan dan pelancongan mesra M uslim,perkhidmatan dan penggerak, kewangan Islam dan teknologi kewangan, media dan rekreasi, kosmetik dan penjagaan diri selain seni dan kraf Islam.
Jelasnya, lagi MIHAS 2023 juga akan menampilkan acara MIHAS Awards yang merangkumi dua kategori utama, iaitu MIHAS Excellence Awards dan MIHAS Innovative Award untuk meraikan kecemerlangan dan keunikan pempamer serta produk dan perkhidmatan halal.
“Sebagai sebahagian daripada pameran itu, hab pengetahuan akan mengadakan sesi bertemu pakar untuk memberikan pandangan mengenai trend,akses pasaran dan keperluan sumber melalui interaksi langsung dengan pembeli premium” katanya.
Sesi ini akan menggariskan peranan MIHAS 2023 sebagai platform untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan dan kerjasama yang dikendalikan oleh pemimpin perniagaan terkemuka mewakili dewan perniagaan dan persatuan perdagangan.