Oleh Abd Razak Osman
11 September 2023, 23:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kulim – Agrobank telah berkerjasama dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melancarkan Program Hijrah Asnaf Tanaman Fertigasi Meja yang dapat memberikan manfaat kepada 10 orang belia negeri Kedah.

Projek tanaman sayuran itu terletak di satu kawasan tanah di Ladang Sulaiman Plantation Sdn. Bhd (SPSB) Merbau Pulas. Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Aminuddin Amenon menyerahkan sumbangan Zakat Agrobank & Dana ITEKAD berjumlah RM242 000 sempena pelancaran itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria Othman bagi membiayai program tersebut. Semasa berada di ladang itu, peserta terpilih akan mempelajari teknik tanaman terung, sawi, bayam dan lain-lain lagi secara fertigasi selama enam bulan.

Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Aminuddin Amenon berkata, “program Hijrah Asnaf seperti ini dikendalikan dengan baik, peserta boleh menjadi usahawan berjaya dalam bidang itu nanti. Usaha dilakukan dapat membantu peserta membuka perniagan sendiri dan sekali gus membantu mempergiatkan ekonomi negara secara tidak langsung”.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria Othman pula berkata LZNK bertanggungjawab memilih peserta, termasuk wanita untuk mengikuti program itu. Setiap peserta akan diberikan dengan 10 unit fertigasi meja bersaiz 5’ x 100’ dengan keluasan tapak sehingga 3.7 ekar. Usaha dilaksanakan ini bertujuan untuk memaju dan memasar perniagaan peserta ke skala lebih besar. Tambah beliau, mereka yang telah berjaya dalam bidang ini boleh menjadi mentor kepada pihak lain pada masa akan datang.

Tetamu kehormat lain yang hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Pegawai Daerah Kulim, Nazman Mustafa dan Pengurus Agrobank Wilayah Utara, Farizan Che Hamid.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.